Selasa, 15 Februari 2011

Saudara kita baru!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum. Segala bagi Allah Tuhan kerana memberi izin kepada kami buat blog ini. Betul-betul dah lama tidak 'update' blog ini kerana sangat sibuk dengan aktiviti harian kami. Kami minta maaf kerana membuatkan kamu tunggu-tunggu nak membaca maklumat yang baru disampaikan. Maaf banyak2.

Hari ini sangat istimewa bagi semua m
uslim di seluruh dunia. Hari ini adalah Maulidur Rasul yang disambut sangat penting bagi kita semua! Kenapa penting??
Ok, Ini membuatkan kita ingat sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w supaya hati kita bergerak untuk berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarah oleh Allah dalam ayat,


"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda

Kami telah baca internet tentang Al-Quran:

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)


Kamu faham ke? Ok, mari lah kita bersama-sama berselawat untuk Rasulullah kita!





................................................................................................................


Ada berita BAIK untuk kamu semua!
Kami telah jumpa sebuah blog yang dibuat oleh sesorang yang pekak secara kebetulan. Beliau merupakan saudara kita baru (seorang baru masuk islam, oleh itu kita panggil dia saudara kita)

Alhamdulillah
( ucapan 'terima kasih' yang khusus utk Allah)
subhanallah
(
Maha suci).

Blognya bertajuk sejarah agamaku dan menceritakan pengalaman beliau memegang agama KRISTAIN ke ISLAM. Jangan lupa menjenguk blognya :

http://hidayahmuslimah2010.blogspot.com/2011/02/sejarah-agamaku.html



Kami telah bual dengan beliau mengenai dirinya dengan mendalami. Mari kita bersama-sama berkenalan seseorang tersebut.

Beliau bernama Nur Hidayah Qanie bt Abdullah (Panggilnya Qanie). Sebelum ini namanya yang asal ialah Stephanie.
Agama beliau berasal, iaitu kristain. Tahun lepas, Ustaz Yaakob dari jabatan PERKIM, Gombak menguruskan Hidayah masuk Islam..Alhamdulillah.. Orangnya dari Sabah. Beliau merupakan bekas pelajar politeknik di Johor. Sekarang beliau duduk di tempat yang berjauhan dari Sabah untuk mencari ketenangan. Qanie tinggal dengan sebuah keluarga yang baru (keluarga angkat) kerana keluarga Qanie belum menerima kedatangan Qanie dengan sepenuhnya rela.

Mari lah berdoa untuk keluarga Qanie menerima hidayah(petunjuk) yang diberi oleh Allah supaya mereka terima Qanie dengan rela. Amin...

Itu sahaja kami sampaikan kamu hari ini. Jumpa lagi.
Salam
................................




# perkataan yang berwarna biru - terangkan maksud bagi sesuatu perkataan berwarna ungu. Tujuan ini untuk sesiapa pekak yang tidak tahu maksud perkataan warna ungu.



 

Copyright © Untuk Muslim&Muslimah Pekak. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert