http://Pekak-Menjejaki-Islam.blogspot.com
Khamis, 16 Jun 2011
ISLAM ITU ISTIMEWA BAGI SAYA (Sambungan..tajuk APA KEISTIMEWAAN ISLAM?) - Bahagian 3
Rabu, 8 Jun 2011
MENGENAI SOLAT
Penulis benar-benar minta maaf kepada pembaca kerana sudah lama tidak kemas kini dalam blog ini. Sudah tentulah kamu tunggu-tunggu untuk membaca maklumat terbaru. Sebelum ini, penulis sedang mencari dan memikirkan bagaimana membuatkan tulisan tentang maklumat ringkas yang sesuai untuk saudara/saudari disamping juga kemungkinan berkaitan dengan pengalaman kamu. Sebab itu, membuatkan kemas kini agaknya lewat. Maaf ya.
Penulis nak berkongsi kamu tentang pengalaman kesusahan dan kesenangan antara penulis dan kawan-kawan penulis. Penulis terasa amat sedih apabila melihat keadaan mereka sering berhibur-hibur dalam kehidupannya di dunia tanpa memikirkan akhirat dan siapa tuhan mencipta mereka. Sebagai contohnya, tinggalkan sembahyang, tidak menutupi aurat, bebas pergaulan dalam campuran jantina dan sebagainya. Seseorang kawan pernah berbual dengan penulis yang berkaitan dengan kenyataan di atas melalui YM [Yahoo Messger]. Sila baca di bawah :
Kawan (K): Saya seronok bersama kawan-kawan untuk jamuan makan malam. Maaf buatkan awak cemburu kerana tidak dapat ajak awak menyertai jamuan tu kerana berjauhan.
Penulis (P): Saya tidak ada cemburu lah. Jamuan pukul berapa berada?
K: Pukul 4 petang sampai 9 malam.
P: Oh..lamanya! Tidak solat ke?
K: Apa? (beliau tidak memahami apa yang penulis tanya itu pendek).
P: Kamu berada di sana pada waktu petang sampai malam. Kamu ada ke tak solat?
K: Tidak sekali.
P: Mana boleh tinggalkan solat. Bukan solat ambil masa lama-lama tetapi hanya 5 minit sahaja. Lagipun kamu berbual dengan kawan-kawan kamu lebih lama lagi daripada solat.
K: Saya tahulah. Awak ingatkan saya tidak tahu!
P: Ini bukan awak tidak tahu. Saya tahu awak dah tahu tentangnya itu. Tetapi saya cuma mahu tegur awak tidak akan lupakan ibadat tu perintah daripada Allah SWT.
K: Oh! Lebih baik saya diam saja.
Wahai saudara/saudaari, cuba renung bayangkan sekiranya kamu berada dalam sesuatu pelbagai aktiviti seperti jamuan/majlis atau permainan. Apabila telah masuk waktu solat, apa yang harus kamu buat? Sama ada nak meneruskan aktviti itu atau menangguh solat?? Atau tidak peduli solat?? Satu tanya lagi, adakah kamu menyesal jika meninggalkan solat? Sekiranya tidak ada apa-apa rasa menyesal atau tidak mementingkan solat tu, kamu bukan orang yang beragama ISLAM yang sejati.
Wahai saudara/saudari, tolong sedarkan diri kamu dahulu sebelum dunia ini akan memecah (hari kiamat) agar tidak terperangkap dalam golongan berdosa. Ini kerana kita tidak tahu bila akan berlaku. Seperti di bawah,
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;
“Manusia bertanya kepadamu tentang (kapan datangnya) hari kiamat. Katakanlah, ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kapan datangnya hari kiamat itu hanyalah di sisi Allah.’ Dan tahukah kamu (wahai Muhammad) boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya?” (Al-Ahzab: 63)
Ini bermaksud Allah hanya mengetahui bila hari kiamat akan berlaku dan tarikh hari itu dah nak dekat. Oleh itu, kita tidak boleh menangguh ibadat dan juga minta ampun atas semua dosa kita yang telah dilakukan.
Akhirnya, harap kamu semua diminta semak diri kamu sebelum lambat!!! Itu sahaja penulis menulis ini. Sekian, terima kasih. Wallahua’lam.
Masa dihargai
Kalendar
Jumlah Pelawat
Siapa Penulis ni?
- Pemegang Islam
- Malaysia
- Terima kasih kerana menjenguk pada blog kami.Kami adalah hamba Allah S.W.T yang bermasalah pendengaran. Kami sedang mencari ilmu tentang dunia ISLAM yang indah. Niat kami adalah tolong menyeru kamu turut pekak ke arah dunia ISLAM yang sebenar. Kalau nak komen, sila komen dalam ruang yang telah sedia (di bawah catatan - 'komen' atau dalam ruang 'shoutbox'. Kalau ada silap dan salah pada blog ini, harap dimaafkan. Selamat menikmati blog ini...(^_^)v