Khamis, 16 Jun 2011

ISLAM ITU ISTIMEWA BAGI SAYA (Sambungan..tajuk APA KEISTIMEWAAN ISLAM?) - Bahagian 3

Sambungan temu bual dengan saudari Nur Hidayah Qanie (Tajuk Apa Keistimewaan Islam? - Bahagian 2 telah diterbitkan pada Isnin, 18 April 2011 yg lepas) melalui perbualan dalam internet Yahoo!Messeger mengenai pergaulan antara lelaki dan perempuan serta makanan dan minuman halal. Saudari tersebut sudah pernah kata "Islam itu istimewa bagi hidup saya". Kata itu apa maksudnya? Kenapa macam tu? Penulis sangat ingin tau maksud kata tersebut. Mari baca perbualan kami di bawah :

PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN



P (Penulis) : Assalamualaikum..Apa khabar saudari? Saudari ada masa ari ni? Klu ada masa, mari sambung temu bual yang lepas, boleh?

S (saudari) : Wassalam. Alhamdulillah sihat dan gembira sepnjng masa. Ya, byk masa lagi. Bolehlah. Tanya saya sebanyak mana boleh. :-)

P : Alhamdulillah. Tq bnyk2 krn sudi terima ni. Ari tu mlalui sms, saudari dah pernah bgtau sy Islam tu istimewa bagi hidup saudari. Apa maksudnya?

S : Oh... ari tu awak tnya saya tntng apa keistimewaan Islam. Saya dah cerita segala2 tntng solat dan aurat, apa yg saya cerita ari tu memang betul istimewa bagi saya. Sepanjang hidup saya rasa aman dan tenang sangat..tak sama dgn zaman silam(belum memasuk islam). Sy bersyukur sangat krn dah beri petunjuk kpd saya. Alhamdulillah.

P :Oh..Maksudnya saudari dah jumpa istimewa (aman dan tenang) dalam kehidupan saudari apabila mengamalkan solat dan menutup aurat?

S : Ya, betulnya. Bukan hanya solat dan menutup aurat tetapi juga pergaulan lelaki dan perempuan, makanan dan minuman halal dan sebagainya yang mengikut cara hidup Islam.

P : Ooo..klu mcm tu, boleh tak saudari cerita pergaulan antara lelaki dan perempuan?

S : Boleh lah. Biarlah sy beri maksud pergaulan adalah bercampur. Klu 'pergaulan antara lelaki dan perempuan' adalah bercampur orang lelaki dan perempuan di sesuatu tempat yg berlaku interaksi (komunikasi, cthnya berbual, berbincang dan lain2). Biasanya mengadakan jamuan, bekerja, jual beli, mesyuarat dan sebagainya yg melibatkan dua atau lebih orang.

Pergaulan tu msti ikut syariat Islam. Cthnya, bagi perempuan msti berpakaian menutup aurat masa pergaulan tersebut. Antara lelaki dan perempuan mesti menjaga percakapan yang biasa dan normal sahaja dan tidak kaitan dengan unsur-unsur fitnah.

Selain itu, tak boleh seorang lelaki dan seorang perempuan dalam sesuatu tempat yang tidak ada ramai orang atau tempat yang gelap krn takut nanti menggalakkan mereka berkhalwat atau kena fitnah. Itulah syariat islam yg kita Isla mesti patuh.

P : Oh..apa pendapat saudari sekiranya tak ikut syariat islam?

S :Tanya tu bagus kerana ia sgt penting bagi smua saudara kita terutama org pekak yg beragama msti mengetahui ini. Klu tnpa ikut syariat Islam, ia boleh merosakkan maruah imej kamu dan juga rohani kamu.
Apa maruah (kehormatan) imej tu? Klu seorang lelaki dan seorang perempuan di tempat yang tak ada ramai orang atau tempat yg gelap. Ia boleh membawa fitnah (tuduhan yg dibuat2) kepada mereka. Maruah mereka tu dirosak atau dicemar. Klu nak perbincangan, mesti cari di tempat yang ada orang atau tempat yang bukan gelap dengan orang yg diteman.

Manakala merosakkan rohani adalah melakukan dosa kecil atau besar. Misalnya, melakukan khalwat (lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri dalam keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi).

P :Betul kata saudari. Kalau ikut syariat islam, mesti kemaruahan dan kerohanian kita dijaga dengan baik sehingga dapat dihormat oleh orang lain dan juga Allah kita. Seterusnya boleh menyumbang kepada keharmonian dan keamanan dalam masyarakat kita.

S :Saya setuju dengan awak. Zaman kini ramai orang dh rosak maruah dirinya, bukitnya membuang bayi sendiri yg disebabkan membawa zina. Selain itu, juga kena difitnah. Itulah puncanya adalah syariat islam pergaulan yang tidak dipatuhi.





Sambungan... akan datang.

0 komen / cadangan:

Catat Ulasan

 

Copyright © Untuk Muslim&Muslimah Pekak. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert