Isnin, 12 Disember 2011

PESANAN DARI SAUDARI NUR HIDAYAH QANIE (Sambungan dari bahagian 3 bertajuk “Islam itu istimewa bagi saya”)

Sudah lama tidak update blog ini. Penulis sibuk-sibuk ‘melayan’ dengan urusan kehidupan di bumi ini untuk mencari bekalan sebelum perjalanan ke sesuatu tempat yang jauh, iaitu AKHIRAT. Lagipun kadang-kadang terhalang penulis membuka blog ini. Betul-betul rindu blog ini. Hehehe. Oklah, mari sambungan bahagian 3 yang bertajuk “Islam itu istimewa bagi saya” yang diterbitkan pada 16 Jun 2011, hari Khamis. Daripada ini telah sepanjang perbualan antara penulis dengan Saudari Nur Hidayah Qanie mengenai beberapa istimewa Islam bagi kita terutama penganut Islam. Namun, ada banyak keistimewaan Islam yang lain tidak dapat bincang dengan saudari Hidayah kerana saudari tidak ada masa untuk bincang ini. Jadi penulis meminta maaf kepada anda. Tetapi penulis akan cuba berusaha untuk memasukkan maklumat tentang tajuk ini ke dalam blog pada lain kali jika ada rezeki. INSYA ALLAH.

Sebelum akhir ini, saudari Hidayah ada sesuatu pesanan untuk anda. Sila baca di bawah:

.................................................................................................................

Daripada saudari Nur Hidayah Qanie :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum kepada saudaraku terutama pekak. Terima kasih kepada penulis blog “Untuk Muslim & Muslimah Pekak” kerana berkongsi dengan saya mengenai ISLAM adalah agama yang suai dan indah bagi kita dan semua makhluk yang bernyawa di bumi ini. Lagipun berterima kasih lagi kepada penulis blog tersebut kerana membenarkan saya memberi pesanan untuk kalian. Saya nak menasihati kepada sesiapa yang memegang agama Islam ini, sila baca ya!

1. Jangan mudah lalai (lupa) pada tuhan kita, iaitu ALLAH SWT Maha Esa(Satu sahaja, tiada tuhan lain).

# Selalu bersyukur kepada Allah SWT

# Selalu ingat Allah SWT semasa kesusahan dan kesenangan.

# Mencintai pada Allah SWT

# Ikut perintah Allah

2. Jangan lupa Rasul kita iaitu NABI MUHAMMAD SAW.

# Selalu memberi selawat kepada baginda.

# Ikut sunnah baginda

# Mencintai baginda sebagai kekasih kita.

3. Jangan sia-sia cinta pada agama kita, iaitu ISLAM.

Tidak melanggar syariat Islam

Mengamalkan syariat Islam

4. Jangan-jangan jemu beribadat dan amal-amal soleh seperti solat, puasa, sunat dan dll.

5. Jangan-jangan menjadi anak derhaka kepada ibu bapa.


6. Jangan memandang rendah pada orang yang berilmu agama.


7. Jaga aurat anda terutama pakaian (asalkan pakaian mengikut syariat Islam)


8. Jaga pergaulan (campur antara laki dan perempuan semasa berbual/berbincang/berjumpa misalnya.)


9. Ingat, masa di dunia ini hanya sebentar sahaja, jadi jangan sia-sia masa yang dihargai. Carilah isi masa yang bermanfaat. Contohnya mengaji Al-Quran (terjemah untuk pekak), mencari ilmu, tolong ibu bapa.


10. Banyak sabar apabila menghadapi sesuatu kesusahan/kecabaran. Sabar itu adalah cara boleh menyelesaikan masalah anda kelak. Dan juga bekalan untuk menyelamatkan anda daripada kesusahan semasa perjalanan ke akhirat Insya Allah.

Itu sahaja saya memberi pesanan di atas kepada anda. Jika anda ikut pesanan tersebut nanti menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat Insya Allah. Terima kasih kerana sudi baca pesanan ini. Kita jumpa lagi di bumi ini dan juga akhirat. :-)

.....................................................................

Harapnya kamu ambil nasihat di atas yang saudari memberi pesanan. Itu sahaja penulis sampaikan di sini. Lain kali nanti tambah maklumat dalam blog ini Insya Allah.

Jumpa lagi.

(^-^) V

Khamis, 16 Jun 2011

ISLAM ITU ISTIMEWA BAGI SAYA (Sambungan..tajuk APA KEISTIMEWAAN ISLAM?) - Bahagian 3

Sambungan temu bual dengan saudari Nur Hidayah Qanie (Tajuk Apa Keistimewaan Islam? - Bahagian 2 telah diterbitkan pada Isnin, 18 April 2011 yg lepas) melalui perbualan dalam internet Yahoo!Messeger mengenai pergaulan antara lelaki dan perempuan serta makanan dan minuman halal. Saudari tersebut sudah pernah kata "Islam itu istimewa bagi hidup saya". Kata itu apa maksudnya? Kenapa macam tu? Penulis sangat ingin tau maksud kata tersebut. Mari baca perbualan kami di bawah :

PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN



P (Penulis) : Assalamualaikum..Apa khabar saudari? Saudari ada masa ari ni? Klu ada masa, mari sambung temu bual yang lepas, boleh?

S (saudari) : Wassalam. Alhamdulillah sihat dan gembira sepnjng masa. Ya, byk masa lagi. Bolehlah. Tanya saya sebanyak mana boleh. :-)

P : Alhamdulillah. Tq bnyk2 krn sudi terima ni. Ari tu mlalui sms, saudari dah pernah bgtau sy Islam tu istimewa bagi hidup saudari. Apa maksudnya?

S : Oh... ari tu awak tnya saya tntng apa keistimewaan Islam. Saya dah cerita segala2 tntng solat dan aurat, apa yg saya cerita ari tu memang betul istimewa bagi saya. Sepanjang hidup saya rasa aman dan tenang sangat..tak sama dgn zaman silam(belum memasuk islam). Sy bersyukur sangat krn dah beri petunjuk kpd saya. Alhamdulillah.

P :Oh..Maksudnya saudari dah jumpa istimewa (aman dan tenang) dalam kehidupan saudari apabila mengamalkan solat dan menutup aurat?

S : Ya, betulnya. Bukan hanya solat dan menutup aurat tetapi juga pergaulan lelaki dan perempuan, makanan dan minuman halal dan sebagainya yang mengikut cara hidup Islam.

P : Ooo..klu mcm tu, boleh tak saudari cerita pergaulan antara lelaki dan perempuan?

S : Boleh lah. Biarlah sy beri maksud pergaulan adalah bercampur. Klu 'pergaulan antara lelaki dan perempuan' adalah bercampur orang lelaki dan perempuan di sesuatu tempat yg berlaku interaksi (komunikasi, cthnya berbual, berbincang dan lain2). Biasanya mengadakan jamuan, bekerja, jual beli, mesyuarat dan sebagainya yg melibatkan dua atau lebih orang.

Pergaulan tu msti ikut syariat Islam. Cthnya, bagi perempuan msti berpakaian menutup aurat masa pergaulan tersebut. Antara lelaki dan perempuan mesti menjaga percakapan yang biasa dan normal sahaja dan tidak kaitan dengan unsur-unsur fitnah.

Selain itu, tak boleh seorang lelaki dan seorang perempuan dalam sesuatu tempat yang tidak ada ramai orang atau tempat yang gelap krn takut nanti menggalakkan mereka berkhalwat atau kena fitnah. Itulah syariat islam yg kita Isla mesti patuh.

P : Oh..apa pendapat saudari sekiranya tak ikut syariat islam?

S :Tanya tu bagus kerana ia sgt penting bagi smua saudara kita terutama org pekak yg beragama msti mengetahui ini. Klu tnpa ikut syariat Islam, ia boleh merosakkan maruah imej kamu dan juga rohani kamu.
Apa maruah (kehormatan) imej tu? Klu seorang lelaki dan seorang perempuan di tempat yang tak ada ramai orang atau tempat yg gelap. Ia boleh membawa fitnah (tuduhan yg dibuat2) kepada mereka. Maruah mereka tu dirosak atau dicemar. Klu nak perbincangan, mesti cari di tempat yang ada orang atau tempat yang bukan gelap dengan orang yg diteman.

Manakala merosakkan rohani adalah melakukan dosa kecil atau besar. Misalnya, melakukan khalwat (lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri dalam keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi).

P :Betul kata saudari. Kalau ikut syariat islam, mesti kemaruahan dan kerohanian kita dijaga dengan baik sehingga dapat dihormat oleh orang lain dan juga Allah kita. Seterusnya boleh menyumbang kepada keharmonian dan keamanan dalam masyarakat kita.

S :Saya setuju dengan awak. Zaman kini ramai orang dh rosak maruah dirinya, bukitnya membuang bayi sendiri yg disebabkan membawa zina. Selain itu, juga kena difitnah. Itulah puncanya adalah syariat islam pergaulan yang tidak dipatuhi.





Sambungan... akan datang.

Rabu, 8 Jun 2011

MENGENAI SOLAT

Assalamualaikum wbt, saudara dan saudari..

Penulis benar-benar minta maaf kepada pembaca kerana sudah lama tidak kemas kini dalam blog ini. Sudah tentulah kamu tunggu-tunggu untuk membaca maklumat terbaru. Sebelum ini, penulis sedang mencari dan memikirkan bagaimana membuatkan tulisan tentang maklumat ringkas yang sesuai untuk saudara/saudari disamping juga kemungkinan berkaitan dengan pengalaman kamu. Sebab itu, membuatkan kemas kini agaknya lewat. Maaf ya.

Penulis nak berkongsi kamu tentang pengalaman kesusahan dan kesenangan antara penulis dan kawan-kawan penulis. Penulis terasa amat sedih apabila melihat keadaan mereka sering berhibur-hibur dalam kehidupannya di dunia tanpa memikirkan akhirat dan siapa tuhan mencipta mereka. Sebagai contohnya, tinggalkan sembahyang, tidak menutupi aurat, bebas pergaulan dalam campuran jantina dan sebagainya. Seseorang kawan pernah berbual dengan penulis yang berkaitan dengan kenyataan di atas melalui YM [Yahoo Messger]. Sila baca di bawah :

Kawan (K): Saya seronok bersama kawan-kawan untuk jamuan makan malam. Maaf buatkan awak cemburu kerana tidak dapat ajak awak menyertai jamuan tu kerana berjauhan.

Penulis (P): Saya tidak ada cemburu lah. Jamuan pukul berapa berada?

K: Pukul 4 petang sampai 9 malam.

P: Oh..lamanya! Tidak solat ke?

K: Apa? (beliau tidak memahami apa yang penulis tanya itu pendek).

P: Kamu berada di sana pada waktu petang sampai malam. Kamu ada ke tak solat?

K: Tidak sekali.

P: Mana boleh tinggalkan solat. Bukan solat ambil masa lama-lama tetapi hanya 5 minit sahaja. Lagipun kamu berbual dengan kawan-kawan kamu lebih lama lagi daripada solat.

K: Saya tahulah. Awak ingatkan saya tidak tahu!

P: Ini bukan awak tidak tahu. Saya tahu awak dah tahu tentangnya itu. Tetapi saya cuma mahu tegur awak tidak akan lupakan ibadat tu perintah daripada Allah SWT.

K: Oh! Lebih baik saya diam saja.


ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Penulis cuma menggeleng kepala dan beristighfar panjang. “Ya Allah memberikan hidayah kepada mereka jalan yang lurus”, bisik hati penulis. Sebenarnya penulis sudah tegur banyak kali terhadap mereka tetapi mereka tidak dapat ikut apa yang telah dinasihat. Apa penulis yang harus buat ini?

Wahai saudara/saudaari, cuba renung bayangkan sekiranya kamu berada dalam sesuatu pelbagai aktiviti seperti jamuan/majlis atau permainan. Apabila telah masuk waktu solat, apa yang harus kamu buat? Sama ada nak meneruskan aktviti itu atau menangguh solat?? Atau tidak peduli solat?? Satu tanya lagi, adakah kamu menyesal jika meninggalkan solat? Sekiranya tidak ada apa-apa rasa menyesal atau tidak mementingkan solat tu, kamu bukan orang yang beragama ISLAM yang sejati.

Wahai saudara/saudari, tolong sedarkan diri kamu dahulu sebelum dunia ini akan memecah (hari kiamat) agar tidak terperangkap dalam golongan berdosa. Ini kerana kita tidak tahu bila akan berlaku. Seperti di bawah,

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

Manusia bertanya kepadamu tentang (kapan datangnya) hari kiamat. Katakanlah, ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kapan datangnya hari kiamat itu hanyalah di sisi Allah.’ Dan tahukah kamu (wahai Muhammad) boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya?” (Al-Ahzab: 63)

Ini bermaksud Allah hanya mengetahui bila hari kiamat akan berlaku dan tarikh hari itu dah nak dekat. Oleh itu, kita tidak boleh menangguh ibadat dan juga minta ampun atas semua dosa kita yang telah dilakukan.

Untuk kamu tahu, nanti apabila menjelang hari kiamat, kamu akan berkumpul di Padang Mahsyar. Sekiranya kamu adalah satu salah daripada golongan berdosa / golongan yang dilaknat oleh Allah akan tidak ada sebarang untuk meminta pertolongan atau perlindungan kecuali orang yang bertaqwa. Orang bertaqwa itu boleh dapat pertolongan atau perlindungan apabila dalam kesusahan di sana nanti.

Akhirnya, harap kamu semua diminta semak diri kamu sebelum lambat!!! Itu sahaja penulis menulis ini. Sekian, terima kasih. Wallahua’lam.

Isnin, 18 April 2011

APA KEISTIMEWAAN ISLAM?? (Sambungan..tajuk APA ITU ISLAM) - Bahagian 2

Assalamualaikum..

Mari sambung kita bersama-sama bincang tentang keistimewaan Islam (dari tajuk APA ITU ISLAM yang telah diterbitkan pada rabu, 22 Disember 2010). Islam memang istimewa bagi kita semua muslim dan muslimah kerana agama ISLAM ni dikurnia oleh Allah kita. Cuba tanya pada diri kamu sendiri...kenapa Allah mengurniakan Islam kepada kita?? Mungkin Islam tu ada istimewa utk kita, betul?? If bukan istimewa, mungkin islam tidak akan turun di bumi kita. Mari tengok apa istimewa yang ada pada islam kita?


PERTAMA,
Islam ni bukan untuk orang islam saja tapi juga untuk semua orang yang duduk di bumi ini tanpa tidak kira agama, warna kulit, bangsa, dan negara. Inilah tidak halangan bagi orang yang ingin cari agama yang sebenar. Namun, juga bukan hanya manusia tetapi juga jin, makhluk yang lain dan alam.


KEDUA.
Islam ini ada syariat (hukum) yang diperintah oleh Allah kita. Ramai orang sama ada Islam ataupun Bukan Islam kata syariat Islam ini sangat berat/susah nak melaksanakan bagi orang Islam misalnya menutup aurat, solat dalam waktu 5 kali sehari dan sebagainya. Namun bagi saya, syariat ini berat 'atom pahala' bukan berat nak dilaksanakan. Kalau melaksanakan ikut syariat ISLAM yang diperintah, akan dapat pahala. Apabila 'atom pahala' akan menambah berat. 'Atom dosa' akan ringan disebabkan 'atom pahala' itu. Kemudiannya ia memudahkan kamu dapat keselamatan di akhirat yang sangat cabaran nanti INSYA ALLAH.
Selain itu, syariat itu sangat jaminan atas kehidupan kamu di dunia dan akhirat kelak. Kalau syariat tidak ada sini, mungkin kehidupan kita semua akan kelam-kabut (tidak selamat).. Cuba lah bayangan kalau tidak ada syariat Islam, contohnya orang perempuan suka dedahkan aurat kepada orang lelaki kemudiannya masuk ke maksiat, akhirnya membuang bayi sendiri...ini disebabkan tidak ikut syariat ISLAM. Kalau ikut syariat, mungkin kes ini akan kekurangan dan juga menjamin maruah wanita!!
Kalau begitu, ikut syariat ISLAM demi menjamin kehidupan kamu jangan anggap ini sangat berat nak melaksanakan!!!


KETIGA.
Ada beberapa istimewa yang lain selain pertama dan kedua di atas,
Kami telah temu bual dengan saudari yang baru, iaitu Nur Hidayah Qanie (kami telah menceritakan tentang siapa diri saudari kepada kamu yang bertajuk ' SAUDARA KITA BARU' dalam blog ini.). Temu bual ini melalui yahoo!messeger yang kami banyak tanya saudari memberi pendapat mengenai apa istimewa yang ada pada agama kita. Ok, mari kita bersama2 baca ni.


SOLAT

P (Pemegang Islam) : Assalamulaikum, saudari. Apa khabar cik?
S (Saudari - nur hidayah qanie): Wassalam. Alhamdulillah saya sihat. Kamu pun?
P : Kami juga sama. Alhamadulillah. Boleh tak kami ada banyak nak tanya cik mengenai apa yang istimewa pada ISLAM? Cik ada masa lagi? Maaf kami ganggu cik.
S : Boleh lah. Sekarang ada banyak masa. Tidak payah minta maaf :-). Sila tanya
P : Tq bnyak2 kerana sudi terima temu bual ini. Soal yang pertama, tentang solat. Siapa ajar cik belajar solat?
S :Sebelum masuk islam, saya sangat ingin tahu solat ini, jadi kawan saya ajar cara bersolat dan juga berwuduk. Apabila masuk islam, ustazah dari PERKIM, Gombak mengajar di kelas agama.
P :Oh... Cik apa rasa masa bersolat?
S : Masa berhafal, rasa sangat susah kerana banyak hafal tapi apabila bersolat, rasa betul leganya sangat.
P : Rasa apa beza dengan silam (sebelum masuk) tentang solat?
S : Rasa dapat rasa beza sgt jauh. Masa silam, rasa tak ada apa-apa pun tapi skg dapat rasa sesuatu yang istimewa masa mengamalkan solat. Alhamdulillah.
P :Alhamdulillah. Kenapa dapat rasa sesuatu? apa sesuatu tu?
S : Sesuatu tu ialah tenang. Apabila berlaku masalah dalam diri saya seperti tertekan , apabila mengamalkan solat, rasa tertekan betul2 dah terhilang dan mengembalikan tenang dalam diri saya..ini macam rasa bebas seperti burung sedang terbang di langit.
P :Ooo... Ini lah kurniakan daripada Allah kita. ;-).. Ok, Ada tanya lagi. Ada tak rasa letih setiap hari solat perlu 5 kali sehari??
S :Letih?? rasa xada letih pun. :-) hanya rasa tenang..ni hairan bagi saya.
P :Hairannya....ada orang bukan islam kata memang letih jika mengamalkan solat. Jadi apa pendapat cik terhadapa kata mereka?
S :Memang letih tapi lama2 dah biasa kerana boleh jadi kebiasaan bagi saya. Tentang pendapat mereka, mereka anggap amalan solat ini letih bagi mereka kerana mereka tidak pernah amalkannya. Kalau bagi kawan kita yang islam kata seperti mereka, mgkin mereka tidak erti tentang istimewa dalam solat ni.
P :Apa istimewa solat ni yang mereka tidak erti tahu??
S :
1.dapat ketenangan dan mengurangkan tekanan. (apabila ada sesuatu membuatkan tekanan, satu cara untuk mengurangkan tekanan, mengamalkan solat lah dan juga meluahkan perasaan kepada ALLAH melalui doa selepas solat. Allah akan tolong kita insya Allah)
2.dapat rasa dekat dengan Allah. Subhanallah. (selalu ingat Allah setiap hari - tidak henti)
3. dapat pahala. (Ini akan membekalkan kita menyediakan menghadapi kematian nanti)

AURAT

P: Oklah, sekarang tentang aurat wanita dan juga lelaki. Boleh tidak minta saudari ceritakan bagaimana rasa apabila dah mula mengamalkan tutup aurat saudari?
S : Boleh. Saya rasa sangat syukur kepada ALLAH MAHA SUCI. Tutup aurat ini memang susah semasa baru memeluk islam yang lalu tetapi sekarang dah OK! Saya rasa dah suka sangat memakai pakaian ini mengikut Cara Islam. Saya nak ceritakan kamu tentang pengalaman menutup aurat ini. Semasa baru memeluk islam, saya rasa panas dan banyak keluar peluh apabila tutup aurat. Saya bersabar demi keredhaan Allah. Lama-lama akhirnya rasa sejuk, ini membuatkan saya rasa hairan kenapa rasa sejuk macam ini.
P :Kenapa rasa sejuk? ini hairan!
S :Saya rasa mungkin ini dikurinakan oleh ALLAH MAHA SUCI. Saya sangat LOVE ni!!
P : Subhanallah, Ramai orang perempuan kata tutup aurat ini sangat berat bagi mereka tetapi saudari pun sama?
S : bagi saya, tidak kerana amalan ini sudah menjadi kebiasaan saya. Sekarang saya rasa ringan saja. Lagipun aurat ini sangat penting bagi wanita islam walaupun ini sangat susah. Apa penting?? Ini adalah perintah Allah, kita mesti ikut lah!! Amalan ini ada hikmah bgi wanita dan juga lelaki. Saya tau amalan ini sangat menitikberat lindungi wanita daripada sebarang yang tidak diingin.
P :Apa sebarang yang tidak diingin?
S :Allah sangat sayang atas semua hambaNya. Oleh itu Allah menurunkan perintahnya kepada semua hambaNya, iaitu amalan tutup aurat ini. Tadi soalan, sebarang itu contohnya wanita mengamalkan pakaian yang tutup auratnya, orang lain terutama orang lelaki akan menghormati wanita itu. Kamu dah dengar banyak berlaku kes cabul atas wanita. Ini berpunca adalah pendedahan aurat menyebabkan berlaku cabul.
P :Saudari menerangkan apa perlu buat untuk menutup aurat bagi wanita?
S :tutup semua anggota kecuali tangan dan muka saja. Lagipun jangan memakai pakaian ketat dan juga jangan pendedahkan bentuk badan kamu yang sangat hargai!
P :Bagi lelaki?
S : Tutup antara lutut hingga pusat. Lagipun juga jangan memakai pakaian ketat.
P : Oklah, kita sambung lain kali. Ini sudah lewat. hehe Tq banyak!!
S : Ok, kita jumpa lagi. Tq krn jemput saya. Panggil saya jika ada.
P: Insya Allah. Assalamualaikum..
S : Wassalam.

Selasa, 8 Mac 2011

Mari kita bersama menutup aurat ^_^V




Aurat perempuan ini ikut syariat Islam ke? Kalau ikut cara Islam, tudung mesti labuh. Pakaian juga mesti longgar bukan ketat lah. Kalau ketat, nanti akan koyak semasa berduduk atau melompat. Juga boleh nampak badan macam bogel jika pakaian ketat. Hee.. Nanti malu jika orang lain akan perasaan. Cuba fikirkanlah sendiri. Mari tengok macam mana pakaian perempuan dan juga lelaki ikut syariat Islam. Sila tengok gambar ini.


Hey, kalau tidak ikut syariat ini, akan dapat dosa juga. Kamu nak dosa atau pahala ke?? nak syurga atau neraka???
Selain ini, kesian kepada kaum Adam (orang lelaki) kerana Adam mempunyai nafsu yang tinggi. Kalau kaum Hawa (orang perempuan) melakukan pendedahkan aurat (tidak tutup aurat) nanti Adam akan dapat dosa apabila tengok aurat Hawa tersebut secara sengaja. Kesiannya lelaki tu dan juga perempuan juga!!
Cuba fikiran sendiri!!

Kenapa Allah kita menyuruh kita terutama kaum Hawa hendaklah (wajib) menjaga aurat kita???
Kerana Allah sangat sayang kita Hawa dan juga pelihara kita Hawa daripada kebahayaan atau sebarang yang tidak diingin.
Oleh itu, harga aurat kamu lebih mahal daripada hiburan kamu. Ini sebab aurat itu boleh memberi bekalan kepada kamu untuk menyediakan perjalanan ke akhirat.

*BEKALAN tu adalah pahala, iman dan taqwa.

Selasa, 15 Februari 2011

Saudara kita baru!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum. Segala bagi Allah Tuhan kerana memberi izin kepada kami buat blog ini. Betul-betul dah lama tidak 'update' blog ini kerana sangat sibuk dengan aktiviti harian kami. Kami minta maaf kerana membuatkan kamu tunggu-tunggu nak membaca maklumat yang baru disampaikan. Maaf banyak2.

Hari ini sangat istimewa bagi semua m
uslim di seluruh dunia. Hari ini adalah Maulidur Rasul yang disambut sangat penting bagi kita semua! Kenapa penting??
Ok, Ini membuatkan kita ingat sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w supaya hati kita bergerak untuk berselawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarah oleh Allah dalam ayat,


"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda

Kami telah baca internet tentang Al-Quran:

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)


Kamu faham ke? Ok, mari lah kita bersama-sama berselawat untuk Rasulullah kita!





................................................................................................................


Ada berita BAIK untuk kamu semua!
Kami telah jumpa sebuah blog yang dibuat oleh sesorang yang pekak secara kebetulan. Beliau merupakan saudara kita baru (seorang baru masuk islam, oleh itu kita panggil dia saudara kita)

Alhamdulillah
( ucapan 'terima kasih' yang khusus utk Allah)
subhanallah
(
Maha suci).

Blognya bertajuk sejarah agamaku dan menceritakan pengalaman beliau memegang agama KRISTAIN ke ISLAM. Jangan lupa menjenguk blognya :

http://hidayahmuslimah2010.blogspot.com/2011/02/sejarah-agamaku.html



Kami telah bual dengan beliau mengenai dirinya dengan mendalami. Mari kita bersama-sama berkenalan seseorang tersebut.

Beliau bernama Nur Hidayah Qanie bt Abdullah (Panggilnya Qanie). Sebelum ini namanya yang asal ialah Stephanie.
Agama beliau berasal, iaitu kristain. Tahun lepas, Ustaz Yaakob dari jabatan PERKIM, Gombak menguruskan Hidayah masuk Islam..Alhamdulillah.. Orangnya dari Sabah. Beliau merupakan bekas pelajar politeknik di Johor. Sekarang beliau duduk di tempat yang berjauhan dari Sabah untuk mencari ketenangan. Qanie tinggal dengan sebuah keluarga yang baru (keluarga angkat) kerana keluarga Qanie belum menerima kedatangan Qanie dengan sepenuhnya rela.

Mari lah berdoa untuk keluarga Qanie menerima hidayah(petunjuk) yang diberi oleh Allah supaya mereka terima Qanie dengan rela. Amin...

Itu sahaja kami sampaikan kamu hari ini. Jumpa lagi.
Salam
................................




# perkataan yang berwarna biru - terangkan maksud bagi sesuatu perkataan berwarna ungu. Tujuan ini untuk sesiapa pekak yang tidak tahu maksud perkataan warna ungu.



Rabu, 22 Disember 2010

REBUTLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

1. MUDA SEBELUM TUA
Ulang Lagi!!

Alif.... Baa... Taa...


2. SIHAT SEBELUM SAKIT
Ya Allah...

Sesungguhnya aku terlalu bersyukur kerana diberikan
kekuatan lagi untuk aku solat
walaupun duduk...


3. KAYA SEBELUM MISKIN
Tolonglah Tuan! Tangan yang memberi, lebih
Mulia dari tangan yang menerima...
Jangan sampai Tuan jadi spt saya
akhirnya....


4. LAPANG SEBELUM SIBUK
Alamak! Dah lewat ni! Nanti projek tak dapat!
Dah bereskang aku solat leee...

Kawan : Hey, solat dulu...



5. HIDUP SEBELUM MATI


Bersegeralah Mentaati perinth Allah....
...........................................................................................................................................................

*RENUNGAN...

Setiap hari...
Kita masih dapat bangun dari tidur...

Sesekali fikirkan...

Mengapa Allah masih hidupkan kita pada hari ini?

Jawapnya....

Mungkin kerana banyaknya dosa kita dan Allah masih MEMBERI PELUANG untuk kita.

BERTAUBAT.....

 

Copyright © Untuk Muslim&Muslimah Pekak. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert