Isnin, 12 Disember 2011

PESANAN DARI SAUDARI NUR HIDAYAH QANIE (Sambungan dari bahagian 3 bertajuk “Islam itu istimewa bagi saya”)

Sudah lama tidak update blog ini. Penulis sibuk-sibuk ‘melayan’ dengan urusan kehidupan di bumi ini untuk mencari bekalan sebelum perjalanan ke sesuatu tempat yang jauh, iaitu AKHIRAT. Lagipun kadang-kadang terhalang penulis membuka blog ini. Betul-betul rindu blog ini. Hehehe. Oklah, mari sambungan bahagian 3 yang bertajuk “Islam itu istimewa bagi saya” yang diterbitkan pada 16 Jun 2011, hari Khamis. Daripada ini telah sepanjang perbualan antara penulis dengan Saudari Nur Hidayah Qanie mengenai beberapa istimewa Islam bagi kita terutama penganut Islam. Namun, ada banyak keistimewaan Islam yang lain tidak dapat bincang dengan saudari Hidayah kerana saudari tidak ada masa untuk bincang ini. Jadi penulis meminta maaf kepada anda. Tetapi penulis akan cuba berusaha untuk memasukkan maklumat tentang tajuk ini ke dalam blog pada lain kali jika ada rezeki. INSYA ALLAH.

Sebelum akhir ini, saudari Hidayah ada sesuatu pesanan untuk anda. Sila baca di bawah:

.................................................................................................................

Daripada saudari Nur Hidayah Qanie :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum kepada saudaraku terutama pekak. Terima kasih kepada penulis blog “Untuk Muslim & Muslimah Pekak” kerana berkongsi dengan saya mengenai ISLAM adalah agama yang suai dan indah bagi kita dan semua makhluk yang bernyawa di bumi ini. Lagipun berterima kasih lagi kepada penulis blog tersebut kerana membenarkan saya memberi pesanan untuk kalian. Saya nak menasihati kepada sesiapa yang memegang agama Islam ini, sila baca ya!

1. Jangan mudah lalai (lupa) pada tuhan kita, iaitu ALLAH SWT Maha Esa(Satu sahaja, tiada tuhan lain).

# Selalu bersyukur kepada Allah SWT

# Selalu ingat Allah SWT semasa kesusahan dan kesenangan.

# Mencintai pada Allah SWT

# Ikut perintah Allah

2. Jangan lupa Rasul kita iaitu NABI MUHAMMAD SAW.

# Selalu memberi selawat kepada baginda.

# Ikut sunnah baginda

# Mencintai baginda sebagai kekasih kita.

3. Jangan sia-sia cinta pada agama kita, iaitu ISLAM.

Tidak melanggar syariat Islam

Mengamalkan syariat Islam

4. Jangan-jangan jemu beribadat dan amal-amal soleh seperti solat, puasa, sunat dan dll.

5. Jangan-jangan menjadi anak derhaka kepada ibu bapa.


6. Jangan memandang rendah pada orang yang berilmu agama.


7. Jaga aurat anda terutama pakaian (asalkan pakaian mengikut syariat Islam)


8. Jaga pergaulan (campur antara laki dan perempuan semasa berbual/berbincang/berjumpa misalnya.)


9. Ingat, masa di dunia ini hanya sebentar sahaja, jadi jangan sia-sia masa yang dihargai. Carilah isi masa yang bermanfaat. Contohnya mengaji Al-Quran (terjemah untuk pekak), mencari ilmu, tolong ibu bapa.


10. Banyak sabar apabila menghadapi sesuatu kesusahan/kecabaran. Sabar itu adalah cara boleh menyelesaikan masalah anda kelak. Dan juga bekalan untuk menyelamatkan anda daripada kesusahan semasa perjalanan ke akhirat Insya Allah.

Itu sahaja saya memberi pesanan di atas kepada anda. Jika anda ikut pesanan tersebut nanti menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat Insya Allah. Terima kasih kerana sudi baca pesanan ini. Kita jumpa lagi di bumi ini dan juga akhirat. :-)

.....................................................................

Harapnya kamu ambil nasihat di atas yang saudari memberi pesanan. Itu sahaja penulis sampaikan di sini. Lain kali nanti tambah maklumat dalam blog ini Insya Allah.

Jumpa lagi.

(^-^) V

0 komen / cadangan:

Catat Ulasan

 

Copyright © Untuk Muslim&Muslimah Pekak. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert