Rabu, 22 Disember 2010

APA ITU ISLAM? - Bahagian 1



Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Apa khabar kamu sekarang? Dah lama tidak ‘update’ pada blog ini. Dah tentu kamu tunggu dengan sabar. Saya minta maaf..(^_^) maaf ya.

Syukur (terima kasih) kepada Allah S.W.T telah memberi saya sempat (ada masa lagi) untuk menulis pada blog ini. Saya nak ceritakan kamu. Ada seseorang pekak jumpa saya. Dia tanya kenapa awak suka ISLAM?? Jadi saya juga tanya dia apa agama? Dia jawap saya islam. Saya tanya lagi kenapa dia ISLAM juga. Dia kata tidak tahu lah kerana ikut ibu bapa agama islam…
Sungguh sedih apabila dengar katanya macam itu..(-_-,) mungkin dia tidak tahu apa itu ISLAM…sedihnya. Wahai saudara MUSLIM & MUSLIMAH PEKAK ku, saya akan terangkan apa ISLAM itu, sila baca dengan teliti(betul) ya. Kalau tidak tahu, tanya ustazah / ustaz atau tanya saya dalam ruang komen/shoutbox ya. (^-^)


Ada tak ibu bapa atau guru kamu cerita tentang apa itu ISLAM?? Kalau tak ada, tak apa saya bagi kamu tau apa maksud ISLAM. ISLAM ada tiga maksud :
1. Keselamatan
2. Pendamaian
3.Penyerahan diri pada Allah S.W.T




Ramai orang memang ingin ‘keselamatan dan pendamaian’ ada di seluruh dunia. Adakah kamu ingin lihat orang sama-sama bergaduh, berbunuh-bunuh atau berperang rata di dunia?? Nak ikut mereka itu ke x??? Kalau dah tau ISLAM, kamu akan rasa tenang, damai dan selamat kerana tahu Allah S.W.T tidak suka lihat manusia bergaduh, berbunuh, kerosakan dan sebagainya rata-rata di dunia ini. Oleh itu, Allah S.W.T membuatkan agama Islam kepada kita agar tidak bunuh, tidak gaduh, tidak rosak di dunia. Allah kita betul sayang pada kita semua. Wahai saudara&saudari ku, mari lah bersama-sama syukur pada Allah S.W.T Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




Ok, tentang penyerahan diri pada Allah S.W.T. Maksudnya agama Islam mengajar dan membimbing kita membuatkan ibadat (sembahyang, puasa, zakat dan apa2) pada Allah S.W.T agar Allah menyayangi kita semua. Seperti agama lain – kristain, yahudi, buddha, hindu dan sebagainya mereka menyembah pada tuhan masing-masing tetapi kita islam juga mesti menyembah ALLAH yang Maha ESA (satu sahaja – tiada tuhan lain). Oleh itu, kita mesti kerja ibadat pada Allah S.W.T. Jika tanpa (tidak ada) melakukan ibadat, jadi macam mana kita nak mengenali Allah yang mencipta kita manusia…faham ke? Cuba kamu bayangkan (fikiran) tentang bos kamu ketika kamu bekerja. Bos kamu memberi arahan (suruh) kepada kamu untuk membuatkan sesuatu tugasan, jadi kamu ikut dengar arahan bos itu kemudiaan kamu akan buat. Jika kamu telah buat tugasan, bos kamu akan bangga dan gaji kamu. Jika kamu tidak akan buat tugasan itu, bos kamu akan marah atau pecat kamu…Oleh itu, sama sahaja Allah perintah (suruh) kita mesti ibadat untuk Allah supaya Allah menyayangi kita dan memberi pahala kepada kita. Apabila kita tidak ibadat, Allah akan murka (marah) juga dan memberi dosa. OK??


Wahai saudaraku, kenapa saya suka ISLAM itu? Kerana agama itu sangat tenang dan selamat. Agama Islam sangat berbeza dengan agama lain. Kenapa saya kata macam itu??? Ok, saya mengajak kamu menerokai dunia ISLAM. Kenapa kita tak boleh minum arak seperti orang bukan islam boleh meminum arak?? Kamu tau minuman arak boleh memberi bahaya kepada kita. Arak boleh hilang akal, boleh bergaduh dengan orang lain seperti kamu tengok movie Japan, Korea dan luar negara. Lagi pun merosakkan badan kita seperti ganggu emosi dan otak kita. Agama Islam menggalakkan(suruh) arak itu haram agar kita selamat daripada bahaya tersebut.


Selain itu, juga aurat, adab2 pergaulan, sembahyang, dan sebagainya ikut cara islam kerana ia ada keistimewaan (ada bagus) kepada kita. Nanti saya akan bincang tentang keistimewaan tersebut akan datang. Insya Allah. Maafkan saya nak henti menulis ni kerana ada kerja lain kena segera siap..maaf ya (^_-)




# perkataan yang berwarna biru - terangkan maksud bagi sesuatu perkataan berwarna ungu. Tujuan ini untuk sesiapa pekak yang tidak tahu maksud perkataan warna ungu.

3 komen / cadangan:

Spiral berkata...

Bagus........teruskan lagi ya puteri pembela Islam

Pemegang Islam berkata...

Thanks. Insya Allah. Kami adalah putera puteri pembela ISLAM lah.

Mohammad Redha berkata...

I love my religion, Islam. Bak kata kawan2, Islam itu indah, suci dan benar. Teruskan perjuangan dakwah saudari di bwah keredhan Allah. ^_^

Dpd, seorg insan biasa yg cintakan pd PEACE ^_^v

Catat Ulasan

 

Copyright © Untuk Muslim&Muslimah Pekak. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert