Rabu, 22 Disember 2010

Cerita AZAB KOMA DI TANAH SUCI

Saya beli buku Tajuk “BAITULLAH”. Cerita itu panjang yang sangat sedih, jadi saya akan ringksa cerita ini. Saya berharap kamu semua ingat pesan saya di bawah:

Tajuk “AZAB KOMA DI TANAH SUCI”

Nama saya Haji Mazlan Nasron. Ketika saya 20 tahun dan masih belajar di Universiti al-Azhar, Kaherah. Selama 9 tahun menetap (tinggal) di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah. Saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Dalam banyak-banyak cerita itu, ada satu kejadian yang saya tidak lupakan sampai bila-bila. Ia berlaku kepada seorang wanita yang berusia agarnya 30 tahun.

# Hai saudaraku tunggu sekejap. Dalam cerita itu, wanita tersebut tidak ada nama, jadi saya cadangkan nama wanita tersebut itu Si A.... sebab bagi saya senang tulis ini...hehehe . Ok, marilah sambung.......

Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Si A juga pergi ke Mekah dari Malaysia. Lepas itu buat urus masing-masing, kami menaiki bas menuju ke Madinah dar Jeddah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tetapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba Si A tumbang tidak sedarkan diri. Saya bergegas(cepat) menuju(jumpa) ke arah Si A berkenaan.

Mazlan : Kak ni sakit?

Mazlan : Kak ni tak sedarkan diri.

Si A masih tidak sedar. Saya dengan jemaah-jemaah lain bawa Si A hantar ke Hospital di Madinah. Tetapi sudah 3 hari Si A masih belum sedar lagi. Saya semakin risaukan Si A. Doktor sudah buat rawatan untuk memulihkannya, namun(tapi) semuanya gagal. Jadi saya yang buat uruskan untuk S i A hantar ke Hospital King Abdul Aziz Jeddah. Si A masih koma lagi. Alhmdulillah akhirnya Si A sudah sedar diri. Si A ceritakan dengan saya 24 jam sehari saja. Dia terus menangis teresak-esak.

Mazlan : Kenapa kak?

Si A : Mazlan..... Kak taubat(maaf) dah Lan. Kak menyesal, kak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kak bertaubat, betul-betul taubat.

Mazlan: Kenapa pulak kak, tiba-tiba aja nak bertaubat?

Si A : Mazlan, kak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kak silap. Kak ni cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadah satu apa pun kak tak buat. Kak tak sembanyang, tak puasa, semua amalan ibadah kak dan suami kak tak buat. Rumah kak penuh dengan botol arak dan patung-patung. Suami kak itu kak sepak terajang, kak pukul-pukul saja.

Mazlan : Habis yang kak pergi haji ni?

Si A : Yalah... Kak tengok orang lain pergi Haji, kak pun teringin juga nak pergi.

Mazlan : Jadi apa sebab yang kak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kak alami semasa sakit?

Si A : Mazlan... Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma itu, kak telah diazab (Hari Kiamat) dengan seksaan yang benar-benar pedih (sangat-sangat sakit betul) atas segala kesilapan yang telah kak buat selama ini.

Si A : Betul Mazlan. Semasa koma itu kak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kak. Balasan azab (Hari Kiamat) Lan, rambut kak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kak minta ampun maaf kepada Allah.

Si A : Bukan itu saja, buah dada kak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini.... Putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kak renting terbakar, panasnya bukan main. Kak menjerit, menangis kesakitan. Kak msukkan tangan ke dalam api itu dan kak ambil buah dada itu balik.

Si A : Bila rambut kak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa nak tercabut kulit kepala.Panasnya pula menyebabkan otak kak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih.... pedih yang amat sangat..

Si A : Mazlan...kak ni nama saja Islam, tapi kak minum arak, kak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kak suka makan dan minum apa yang diharam Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kak perlu makan buah-buah itu sebab kak betul-betul lapar.

Si A : Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar mencucuk kerongkong dan perut kita.

Si A : Habis saja buah-buah itu kak makan, kak diberi pula makan bara api. Bila kak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut seluruh badan kak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya Cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Si A : Selepas habis bara api, kak minta minuman, tapi...kak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Kak terpaksa minum sebab kak sangat dahaga. Semua terpaksa kak lalui...azabnya tak pernah kak rasa, tak pernah kak alami sepanjang kak hidup di dunia ini.

Mazlan : “Saya terus mendengar cerita Si A itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

Si A : Masa diazab itu, kak merayu, mohon kepada Allah supaya berilah kak nyawa sekali lagi, berilah kak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kak memohon. Kaka kata, kak akan bukitkan bahawa kak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yang soleh. Kak berjanji kalau kak duhidupkan semula, kak akan tamping segala kekurangan dan kesilapan kak dahulu, kak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kak tinggalkan.

Si A : Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam itu sekali. Kak bertaubat Mazlan, kak tak akan ulangi lagi kesilapan kak dahulu. Kak bertaubat...kak taubat nasuha.

Mazlan : Kak...yang kak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kak kena jaga juga kesihatan diri kak. Lepas sembahyang Isyak tu kak baliklah, makan nasi, berehat...

Si A : Tak apalah, Mazlan. Kak ada bawa buah kurma. Bolehlah kak makan bila kak lapar.

Mazlan : Supaya tak beribadah keterlaluan hingga mengabaikan kesihatan.

Si A : Tak boleh Mazlan. Kak takut...kak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kak. Kakbetul-betul bertaubat.

Si A : Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kak seorang saja yang merasai seksaan itu, kak tak mahu wanita lain pula jadi macam kak. Semasa diazab, kak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja doperlihatkan kepada lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut kak ini, bermakna kak mendapat 10 dosa. Tapi Mazlan, rambut kak ini banyak jumlahnya. Beribu-ribu...kalau seorang tengok rambut kak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kak ni? Allah...

Si A : Kak berazam, balik saja dari haji nu, kak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami kak sembahyang, puasa, mengaji buat ibadah. Kak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kak suami kak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kak. Kak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.

Oh... Memang betul apa yang Allah Rasul katakan. Aku menyesal.. “Itu dah terlambat”. Alhamdulillah Si A benar-benar berubah. Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar apa-apa cerita tentang Si A. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah?

Itu sahaja saya baca cerita dari buku tajuk itu

..............................................................................................................................................................................................

Wahai Saudaraku “Muslim&Muslimat”.. Ingatkanlah kepada cerita (di atas). Kalau kamu masih pegang Islam, tetapi kenapa tidak ikut amalam ISLAM seperti tinggalkan solat 5 waktu, jarang atau pun tidak pernah mengaji AL-QURAN dan buat perkara yang dilarang oleh Allah seperti minum arak, berzina serta tidak ikut syariat(undang-undang) apa yang diwahyukan oleh Allah.

Sungguh sedih sekarang orang ramai tak ikut ajaran agama, nampaknya mereka selalu menumpukan hidup di dunia daripada akhirat.. Saya berharap lah kamu semua selalu ingat apa pesan Allah dan Nabi kita – Nabi Muhammad S.A.W. Marilah selawat untuk baginda (Nabi Muhammad S.A.W). INGAT, Jangan tinggalkan solat 5 waktu, mengaji dengan rajin lah... Dapat ilmu Islam... =) Berterima kasih kepada Saudaraku “Muslim&Muslimat” kerana membaca ini.

0 komen / cadangan:

Catat Ulasan

 

Copyright © Untuk Muslim&Muslimah Pekak. Template created by Volverene from Templates Block
lasik surgery new york and cpa website solutions
WP theme by WP Themes Expert