Assalamualaikum, saudara dan saudari pekak ku yang beragama ISLAM...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillahirabbil’alamin. Segala puji bagi Allah kerana memberi keizinan kepada saya untuk membuat blog ini.
Marilah kita bersama selawat dan salam bagi junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang telah berjuang menghantarkan Islam hingga ke zaman kita. Semoga kita mampu meneladani setiap apa yang sudah dicontohkan, Insya Allah.
Saudaraku, saya ingin berterima kasih kepada kamu kerana membaca atau melawat blog ini. Biarlah saya berkenalan kamu tentang siapa diri saya. Saya adalah orang pekak disebabkan deman panas sejak kecil. Tahap kehilangan pendengaran saya sangat teruk. Sekarang saya sedang mencari ilmu agama walaupun saya bukan orang alim..hehehe. Oh, terlupa nak beritahu kamu. Bukan hanya saya mencipta blog ini tetapi seorang kawan saya (juga pekak) turut membuatkan blog ini. Dia dijadikan pekak disebabkan keturunan dan tahap kehilangan pendengarannya juga sangat teruk. Dia mempunyai dua orang sepupu yang pekak. Namun, kami tetap bersyukur atas ciptaan Maha Pencipta yang sangat sempurna walaupun kami dihilangkan deria pendengaran kami..(^_^) mungkin ini hikmah bagi kami dan juga kamu . Oklah, kami berkongsi ilmu dan berbincang tentang isu agama islam untuk muslim dan muslimah pekak. Kalau kamu ingin berbincang tentang ISLAM, bolehlah kita bersama-sama berbincang..(^_-)
Biarlah saya teka......kamu ingin tahu kenapa kami membuatkan blog ‘UNTUK MUSLIM&MUSLIMAH PEKAK’ dan apa tujuannya, betul ke? Oklah, kami akan terangkan kamu tentang blog ini. Sebenarnya kami sengaja membuatkan blog ini untuk semua muslim (lelaki beragama islam) dan muslimah (perempuan beragama islam) yang pekak. Tujuan blog ini adalah untuk menyeru kamu membuka fikiran dan mata kamu tentang ISLAM yang indah. Blog ini diharapkan membuatkan saudara-saudara pekak agar mengenali dunia Islam.
Kami minta maaf jika ada kesilapan dan kesalahan pada blog kami. Kalau kamu nak komen atau memberi cadangan, sila sampaikan kepada kami. Hargai atas komen atau cadangan kamu. Semoga Allah memberi berkat kamu.
Sekian, terima kasih
# perkataan yang berwarna biru - terangkan maksud bagi sesuatu perkataan berwarna ungu. Tujuan ini untuk sesiapa pekak yang tidak tahu maksud perkataan warna ungu.
2 komen / cadangan:
Assalamualaikum. Nama saya Balqis daripada Perak. Saya ini pekak pun. Saya nak awak buat cerita ISLAM dalam blog awak supaya semua pekak boleh sedar diri bila baca blog awak. Terima kasih kerana buat blog ini.
Salam sahabat...
tahniah kerana menghasilkan blog ini. Diharapkan awk tdk berputus asa dalam menghasilkan blog ini. Jarang sekali kita mendengar orang pekak membicarakan tentang islam, jd sy berharap agr awk teruskan perjuangan awk n teruskn meningkatkn ilmu ttg islam, krn apabila kita mebicarakn ttg islam bukti n hujah yg kuat perlu ada, supya org akan percaya apa yg diperkatakan..
Saya berharap degn adanya blog awk ni, dpt menarik lg org pekak utk mengenal islam. Tunjukkan kpd masyarakat yg org pekak boleh menjd pendakwah.
jgn menjdikan kelemahan dalm diri sbg satu sebab utk tidak menimba ilmu pengtahuan,sharusnya anda berasa berbangga dengan diri anda krn walaupun tidak boleh mendengar ttp anda masih mempunyai iman dan kepercayaan trhdp Allah.
Allah tidak memandang seseorang pada rupa,kecantikan, fizikal, pangkat, harta dan sebagainya ttp Allah memandang hati kita, Jika hati kita bersih maka bersihlah seluruhnya dalam diri kita ttp jika hati kita kotor maka kotorlah seluruhnya..
Teruskan usaha awak dalam meningkatkan martabat golongan pekak ya..
Jika ada kelapangan sila layari blog sy.. (coretan meeze - meeze89.blogspot.com)
sekian, terima kasih..
Syar Meeze
Catat Ulasan